Wednesday, 21 January 2015

Amalan Pemakanan Utk TTC & Melawan Endo

Fuhhhh... bersarang dah rasanya blog ni. Macam dah lama tak jengah ke sini. Selain sibuk, mood pun tak berapa nak ada sejak kebelakangan ni. Rasa macam tak tau nk tulis apa.

Tapi tetiba jer arini rasa macam rindu sgt2 nk menulis.

Bermula bulan 04/14, sy dah mula period selepas lebih kurang 7 bulan amik lucrin. Dari situ la kononnya dunia TTC saya bermula kembali. Tapi syg, tak berapa nak konsisten...hukhukhuk...

BBT cuma sempat buat beberapa cycle jer. Ada je lopak2. Geram dengan diri sendiri sebenarnya.

So.... untuk tahun 2015 ni, sy dh mula buat peraturan baru dalam rumah. Eh2.. ye ke peraturan??? macam bukan jer..haha..

Setiap pagi saya mulakan hari dengan honey lemon. Minum sebelum mula sarapan. Suami plak saya paksa dia makan madu je sebab dia tak berapa suka makan masam. Honey lemon ni tujuannya untuk alkalikan badan kita disamping nak prevent daripada endo. Yang ni sebenarnya memang saya amalkan sejak lepas operation lagi cuma kadang2 ada masa2nya malas nk buat. Tapi sepanjang Januari ni alhamdulillah sy dapat disiplinkan diri.

Sambil2 buat sarapan, sy akan blend kurma + susu kambing. Kalo malas nk blend, sy just kopek2 kurma, buh dlm susu kambing. Minum suami isteri segelas sorang. Susu kambing plak stakat ni memang pakai yang fresh jer. Beli dari page http://susukambing-rosalizi.blogspot.com
Salizzi ni memang buat delivery. so senang, tak payah susah2 nk start keta, pusing2 pasar tani, cari parking bagai. Tunggu je depan pintu umah.. selesai. Jimat duit. ;)

Susu ni kami minum lepas selesai sarapan. Fungsinya tak payah cerita sebab rasanya geng2 TTC memang sedia maklum pasal khasiatnya.

So, 4 makanan utama ni (lemon, madu, kurma, susu kambing) memang sy dh mula amik setiap hari dan akan cuba utk konsisten insyaallah.

Makanan2 lain plak sy ikut cycle period.

Bermula dari cd1 sampai cd7 saya akan mula amik habbatussauda. Fungsinya untuk make sure darah kotor keluar sepenuhnya. tak de yang tersekat2 lagi dah. selain tu, sy juga akan makan sebiji nenas pada cd2/cd3/cd4 bergantung pada kuantiti darah yang keluar. untuk pesakit endo, kita memang digalakkan makan nenas masa period. Boleh gugel kat blog Dr Hamid. Amalan yg ni sy dh start dari first cycle lepas lucrin lagi. Alhamdulillah sampai hari ni period pain memang tak de lagi sejak lepas operation.

Dari cd 7 sehingga hari O, sy amik manjakani. Kadang makan yg kapsul, kadang minum air rebusan (bergantung kpd stok). Dalam tempoh ni juga bermula Dis/14 saya dh mula amalkan makan telur ayam kampung separuh masak setiap pagi (Lepas minum honey lemon). Tujuan??? of course la nk bela telur biar cantik n segar bugar.. ;)

Lepas tempoh O plak sy amalkan minum air rebusan kunyit. Selain boleh meningkatkan kadar progesteron, ianya berfungsi sebagai lawan endo. Air kunyit ni tak elok diamalkan selalu. So sy hanya minum selang sehari bermula lepas O sampai sebelum cd1 next cycle bermula. Air rebusan kunyit ni ada macam2 resipinya. Ada yang tambah halia, asam jawa, daun sireh bagai.. saya cuma rebus kunyit semata2. Sedap??? Fuhhhh.... menangis nak habiskan segelas. Yang ni baru amalkan 2 cycle..hihihi... tak tau sampai bila boleh bertahan.

Ada juga kawan cadangkan campur air rebusan kunyit tu dengan kulit kayu manis skali sbb kulit kayu manis juga kaya dengan progesteron. Tapi setakat ni sy belum cuba lagi. Insyaallah next cycle akan cuba. Bulan ni tak de stok kulit kayu manis kat umah. Malas nk beli...heheh..

Selain makanan2 di atas, saya juga ada amalkan pengambilan kapsul buah tunjuk langit. Sy amik 2bj/1x sehari (kecuali masa period). Yang ni sy mula pada bulan Okt rasanya.

Bermula pada Dis/14, saya dah start amik Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM tu. yg Dr Zubaidi selalu ceritakan kat blognya mengenai kebaikan ekstrak ni. Tujuan sy amik sbb nk push susu (sy sebenarnya dalam proses nak amik anak angkat. Insyaallah sy akan ceritakan pasal ni di lain entry).

So.... conclusionnya, tolong la konsisten yer Niki.. jangan tulis je lebih. Tak sampai separuh jalan dah give up.. Chaiyok!!!











7 comments:

  1. wah...niki, banyak juga usaha u ni... bagusnya... smg Allah permudahkan utk u mempeolehi rezeki zuriat...amin....

    ReplyDelete
  2. Niki... pasal air kunyit tu.. ada org suruh minum waktu period nak bg period lancar..

    Tak pernah dgr pulak minum lepas O. Boleh share tak info darimana...

    ReplyDelete
  3. Sabar lah puan, saya kagum usaha puan. InshaAllah tiada satu pun usaha puan yang sia-sia. Semoga Allah hadirkan zuriat penyejuk mata, penawar hati buat keluarga puan. Amin

    ReplyDelete
  4. teruskan usaha sis..

    semoga akan diperoleh zuriat ..

    salam perkenalan :)

    jemput ke blog nana

    ReplyDelete
  5. As Salam sis.

    Sama lah Kita.. Sy pun penghidap endo. Tp sy stage 4. Dua2 belah ovary Ada cyst. Baru je buang 6 bln lepas.

    Allah syg Kita..

    Semoga Kita berjaya Peggy yaaa.. InsyaAllah...

    ReplyDelete
  6. No Contact Tukang Urut utk TTC-ians :)
    Saya nak mintak jasa baik niki share number tukang urut seksyen 17 dan number ustazah tu dan alamat mereka sekali boleh.
    liyana90@gmail.com

    ReplyDelete
  7. No Contact Tukang Urut utk TTC-ians :)
    Saya nak mintak jasa baik niki share number tukang urut seksyen 17 dan number ustazah tu dan alamat mereka sekali boleh.
    liyana90@gmail.com

    ReplyDelete