Wednesday, 21 January 2015

Amalan Pemakanan Utk TTC & Melawan Endo

Fuhhhh... bersarang dah rasanya blog ni. Macam dah lama tak jengah ke sini. Selain sibuk, mood pun tak berapa nak ada sejak kebelakangan ni. Rasa macam tak tau nk tulis apa.

Tapi tetiba jer arini rasa macam rindu sgt2 nk menulis.

Bermula bulan 04/14, sy dah mula period selepas lebih kurang 7 bulan amik lucrin. Dari situ la kononnya dunia TTC saya bermula kembali. Tapi syg, tak berapa nak konsisten...hukhukhuk...

BBT cuma sempat buat beberapa cycle jer. Ada je lopak2. Geram dengan diri sendiri sebenarnya.

So.... untuk tahun 2015 ni, sy dh mula buat peraturan baru dalam rumah. Eh2.. ye ke peraturan??? macam bukan jer..haha..

Setiap pagi saya mulakan hari dengan honey lemon. Minum sebelum mula sarapan. Suami plak saya paksa dia makan madu je sebab dia tak berapa suka makan masam. Honey lemon ni tujuannya untuk alkalikan badan kita disamping nak prevent daripada endo. Yang ni sebenarnya memang saya amalkan sejak lepas operation lagi cuma kadang2 ada masa2nya malas nk buat. Tapi sepanjang Januari ni alhamdulillah sy dapat disiplinkan diri.

Sambil2 buat sarapan, sy akan blend kurma + susu kambing. Kalo malas nk blend, sy just kopek2 kurma, buh dlm susu kambing. Minum suami isteri segelas sorang. Susu kambing plak stakat ni memang pakai yang fresh jer. Beli dari page http://susukambing-rosalizi.blogspot.com
Salizzi ni memang buat delivery. so senang, tak payah susah2 nk start keta, pusing2 pasar tani, cari parking bagai. Tunggu je depan pintu umah.. selesai. Jimat duit. ;)

Susu ni kami minum lepas selesai sarapan. Fungsinya tak payah cerita sebab rasanya geng2 TTC memang sedia maklum pasal khasiatnya.

So, 4 makanan utama ni (lemon, madu, kurma, susu kambing) memang sy dh mula amik setiap hari dan akan cuba utk konsisten insyaallah.

Makanan2 lain plak sy ikut cycle period.

Bermula dari cd1 sampai cd7 saya akan mula amik habbatussauda. Fungsinya untuk make sure darah kotor keluar sepenuhnya. tak de yang tersekat2 lagi dah. selain tu, sy juga akan makan sebiji nenas pada cd2/cd3/cd4 bergantung pada kuantiti darah yang keluar. untuk pesakit endo, kita memang digalakkan makan nenas masa period. Boleh gugel kat blog Dr Hamid. Amalan yg ni sy dh start dari first cycle lepas lucrin lagi. Alhamdulillah sampai hari ni period pain memang tak de lagi sejak lepas operation.

Dari cd 7 sehingga hari O, sy amik manjakani. Kadang makan yg kapsul, kadang minum air rebusan (bergantung kpd stok). Dalam tempoh ni juga bermula Dis/14 saya dh mula amalkan makan telur ayam kampung separuh masak setiap pagi (Lepas minum honey lemon). Tujuan??? of course la nk bela telur biar cantik n segar bugar.. ;)

Lepas tempoh O plak sy amalkan minum air rebusan kunyit. Selain boleh meningkatkan kadar progesteron, ianya berfungsi sebagai lawan endo. Air kunyit ni tak elok diamalkan selalu. So sy hanya minum selang sehari bermula lepas O sampai sebelum cd1 next cycle bermula. Air rebusan kunyit ni ada macam2 resipinya. Ada yang tambah halia, asam jawa, daun sireh bagai.. saya cuma rebus kunyit semata2. Sedap??? Fuhhhh.... menangis nak habiskan segelas. Yang ni baru amalkan 2 cycle..hihihi... tak tau sampai bila boleh bertahan.

Ada juga kawan cadangkan campur air rebusan kunyit tu dengan kulit kayu manis skali sbb kulit kayu manis juga kaya dengan progesteron. Tapi setakat ni sy belum cuba lagi. Insyaallah next cycle akan cuba. Bulan ni tak de stok kulit kayu manis kat umah. Malas nk beli...heheh..

Selain makanan2 di atas, saya juga ada amalkan pengambilan kapsul buah tunjuk langit. Sy amik 2bj/1x sehari (kecuali masa period). Yang ni sy mula pada bulan Okt rasanya.

Bermula pada Dis/14, saya dah start amik Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM tu. yg Dr Zubaidi selalu ceritakan kat blognya mengenai kebaikan ekstrak ni. Tujuan sy amik sbb nk push susu (sy sebenarnya dalam proses nak amik anak angkat. Insyaallah sy akan ceritakan pasal ni di lain entry).

So.... conclusionnya, tolong la konsisten yer Niki.. jangan tulis je lebih. Tak sampai separuh jalan dah give up.. Chaiyok!!!











Wednesday, 9 April 2014

Kembali Ber TTC

Alhamdulillah syukur. akhirnya hari yang ditunggu datang jugak. Lepas sekian lama dalam tempoh lucrin (7 months after 1st lucrin), Mr.P akhirnya dtg menjengah dengan jayanya hasil melantak nenas malam tadi...hihi..

3 hari asyik duk spotting je, malam tadi habiskan stengah bj nenas... alhamdulillah pagi tadi flownya cantik sgt. lega.... rasa sakit pun dah hilang (buat masa ni la)... harap2 lepas2 ni pun memang dah x de period pain dah.

Insyaallah hari ni secara rasminya saya akan mula balik proses TTC... cuba untuk lebih berdisiplin especially dalam ber BBT.

Dan yang paling penting, semalam jumpa doc rasliza... scan2... semua endo dah clear. terima kasih Ya Allah.. moga ianya tidak lagi mengganggu proses TTCku...Amin Ya Rabbal Alamin....


Tuesday, 11 March 2014

Salahkah Aku Bersedih???

Detik berganti detik

Soalan yang sama masih belum terjawab

Kekadang diri ini terasa begitu kerdil di sisiNya

Ya Rabb... Salahkah aku bersedih???

Aku redha atas ujianMu

Aku pasrah atas ketentuanMu

Namun aku tetap tewas Ya Fattah...

Sesungguhnya aku lemah bermain dengan waktu

Di satu saat aku kuat....

Tapi di satu saat yang lain aku rebah...

Sokong aku Ya Muhaimin

Kasihani aku Ya Rahman

Aku sedar aku jauh dariMu 

Tapi aku sentiasa mencuba untuk sentiasa dekat padaMu Ya Rahim

Walau beribu aku berhabis

Walau berbatu aku mencuba

Jawabnya tetap tidak berubah

Belum masanya aku merasa

Salahkah aku bersedih???

Andai ia masih di langit... Engkau turunkanlah

Andai ia ada di bumi... Engkau keluarkanlah

Andai ianya sukar... Engkau permudahkanlah

Andai ianya jauh... Engkau dekatkanlah

Amin.... Amin... Ya Rabbal Alamin




Thursday, 6 March 2014

Pencerahan Mengenai Pengambilan Susu untuk Endosisters

Bismillahirrahmanirrahim...

Sejak disahkan mengidap endometriosis ni, rajin pulak tangan ni mengetuk2 keyboard utk search macam2 info berkaitan.

Kali ni kita cuba kupas isu susu kambing plak. Bagi endosisters, kita memang sangat taksub dengan makanan2 yang WAJIB kita pantang kan... Sebabnya???? of course la sebab tak nak dah dihantui dengan penyakit ni lagi. Betul tak???

Salah satu makanan yang kononnya boleh menggalakkan pertumbuhan sel2 endo adalah produk tenusu. So maksudnya susu pun kita tak digalakkan minum kan?? Sebelum ni saya buta2 la percaya yang kita tak leh minum susu. Tapi sejak lepas jumpa mak aji aritu, rasa ringan plak tangan ni nak search pasal susu atau lebih tepatnya susu kambing.

Sebenarnya badan yang sihat memerlukan 20% pemakanan berbentuk asid dan 80% pemakanan berbentuk alkali. Saya tak nak kupas mengenai asid dan alkali secara lebih detail. Saya percaya en.gugel boleh huraikannya. Di sini saya nak ceritakan mengenai salah faham kita terhadap keperluan pengambilan susu dalam nutrisi harian kita (ni saya rujuk kepada endosisters sahaja yer)...

Kalau fikir logik, memangla macam tak masuk akal bila kita difahamkan yang kita langsung x leh minum susu. So macamana badan kita nak sihat sebab kita perlukan kalsium yang cukup untuk tulang dan gigi serta untuk lain2 fungsi tubuh kita.

Dan makluman penting jugak untuk endosisters yang tgh ttc, macamana kita nak pregnant kalo kandungan kalsium dalam tubuh kita makin hari makin berkurang.

Ok berbalik kepada susu tadi, kita sebenarnya digalakkan minum susu setiap hari sekurang2nya segelas. TETAPI perlu diingat... ambil susu kambing yer... bukan susu lembu. Kalo kawan2 nak tau, susu kambing ni sebenarnya tergolong dalam makanan yang mengandungi alkali, bukan asid.

Antara susu yang membekalkan alkali adalah susu ibu, susu kambing dan susu ikan lumba2. Manakala susu2 lain pula membekalkan asid seperti susu lembu, susu unta dll. Sebab tu dalam produk2 kosmetik kita x jumpa brg dibuat dari susu lembu kan... cthnya shampoo, sabun mandi semuanya dari susu kambing.

Kebaikan susu kambing ni tak payah cerita sebenarnya sebab en.gugel boleh share mcm2 kebaikannya. Cuma khusus kepada endosisters, susu kambing ni kaya dengan dengan pelbagai protein, enzim, mineral dan vitamin yang membantu merawat dan mencegah penyakit. Ia bersifat antiseptik dengan mengurangkan pembiakan bakteria jahat dalam tubuh.

Selain itu ianya juga membantu pencernaan dan meneutralkan asid tubuh serta meningkatkan antibodi dan daya tahan tubuh. Kajian di US membuktikan bahawa susu kambing mempunyai kebaikan sebagai anti kanser. WOW!!!

Mungkin ada yang akan pertikaikan mengenai soya plak bila saya katakan susu kambing ni mengandungi alkali kan sebab soya kan paling tinggi alkalinya... So sepatutnya soya pun elok la untuk endosisters kan?? Jawapannya tak. soya memang membekalkan alkali yang tinggi tapi harus juga diingat yang soya juga pembekal phyto estrogen yang tinggi.

So apa lagi... Jom sama2 amalkan pemakanan sunnah ni. Selain menyihatkan, insyaallah pahala pun dapat sebab ikut sunnah... :)


Monday, 24 February 2014

Mak Aji Taman Rinting, Masai

Bismillahirrahmanirrahim...

Setelah hampir 8 bulan menyepi dari buat rawatan alternatif (tradisional), akhirnya sabtu lepas sy dh mula balik. Semuanya gara2 terpengaruh dengan rakan yg dah pun disahkan pregnant 7 minggu. Alhamdulillah rezki dia setelah hampir 2 tahun berusaha.

Sebelum ni dia ada minta no fon ustazah maznah dan acik noor kat post saya (di sini). Tup2 awal bulan aritu dia emel sy gtau dia dah pregnant masuk 7 minggu. Antara usaha dia....amik supplement shaklee n g berurut ngan mak aji di masai.

Saya terus tertarik bila dia sebut pasal mak aji ni sebab sebelum ni memang saya dah tau pasal mak aji melalui blog uni (di sini). Cuma x bernasib baik sebab uni x reply emel sy bila saya minta no fon mak aji. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan. Akhirnya dapat juga no fon mak aji melalui rakan yg lain.

Lps diskus ngan suami, dia pun setuju nk bawak saya jumpa mak aji sebab kebetulan dia ada urusan di area Pasir Gudang.

Apa yang bestnya jumpa mak aji ni.... dia sangat2 baik. very friendly. dan paling penting dia banyak bagi kita info2 yang berguna yang berkaitan dengan masalah kita.

Lepas cerita masalah saya, dia suruh baring. Tekan je ibu jari kaki terus dia gtau hemoglobin saya rendah... 8.5 je. Kalo nak pregnant sekurang2nya perlu 11. Paling sesuai 13. Mak aiiihhhh..... hebatnya mak aji....hihi....

Tekan situ picit sini.... air kurang.... kalsium kurang.... vit c cukup....

Aik... sebab teruja sgt ngan penerangan mak aji, terus saya tanya. Macamana mak aji boleh tau semua tu dengan hanya tekan2...picit2...hihi... Dia gtau dia banyak belajar dari pakar (bidan2 kampung dan pakar2 sakit puan jugak).

Apa yang mak aji gtau.... syarat utama nk senang hamil, hemoglobin kena sekurang2nya 11, air cukup, minum susu setiap hari, vit c cukup.... Insyaallah senang je nak lekat. Tapi dengan syarat suami pun ok la.

Hampir sejam jugak mak aji urut2, picit2... Lepas settle semua memang rasa lega sangat. Especially dalam perut. Mak aji gtau endo saya dah naik balik. Saya redha je. Mak aji pun pesan jangan down. Usaha jangan putus. Insyaallah Allah akan permudahkan jalan.

So sekarang ni start makan supplement yang mak aji bagi. Mudah2an penyakit saya akan sembuh sepenuhnya dan Allah perkenankan impian saya untuk dapat zuriat. Amin....


Tuesday, 4 February 2014

Kenali Endometriosis

Bismillahirrahmanirrahim...

Penulisan kali ini adalah berdasarkan kepada pemahaman saya melalui info2 yang saya dapat dari blog, fb group, rakan2 whatsapp dan juga penerangan dari gynea2 yang pernah merawat saya.

Maklumatnya mungkin tak berapa tepat sebab saya bukan lah pakar dalam bab ini. Penulisan ini hanya rumusan dari pesakit yang mengharapkan satu 'miracle' wujud dalam dairy hidup saya dan rakan2 seangkatan insyaallah..

Apa itu endometriosis?

Endometriosis adalah satu keadaan di mana tisu yang dikenali sebagai endometrium yang hanya terletak di dalam rahim telah ditemui dan berkembang di kawasan luar rahim seperti ovari (kilang telur), tiub fallopian, pelvis, ligamen, parut pembedahan/laparoscopy/laparotomy, pundi kencing dan usus. Dalam kes-kes yang luar biasa, ianya boleh juga ditemui di dalam vagina, dalam pundi kencing dan juga paru-paru.

Bagaimana endometriosis berlaku?

Sehingga hari ini, belum ada kajian yang boleh menghuraikan faktor kewujudan endometriosis dengan lebih tepat. Ada sesetengahnya berpendapat endometriosis wujud disebabkan oleh kedudukan rahim yang terbalik (retroverted uterus), stress, sistem ketahanan badan yang lemah dan sebagainya. Kesimpulan yang dapat saya rumuskan dari pembacaan sy selama ini, ianya berlaku kerana kandungan hormon estrogen dan progesteron dalam badan kita tidak seimbang di mana kandungan estrogen meningkat mendadak berbanding progesteron yang semakin berkurang.

Ada jugak yang mempersoalkan sebab ada endometriosis la hormon kita tak stabil. Bukan hormon yang tak stabil mendorong kepada wujudnya endometriosis. Ok... pada saya, jangan kita berdebat soal ini. Kejadiannya cukup unik sama macam kewujudan ayam dan telur. Yang mana satu wujud dulu???

Persoalan yang perlu kita fikirkan adalah kenapa keadaan ini (hormon tidak stabil) berlaku? Jawapannya nanti saya akan cuba cerita dalam entry yang lain pulak.

Siapa yang berisiko mengidap endometriosis?

Semua wanita yang belum menopous berisiko mengidap penyakit ini tak kira yang dewasa atau remaja, yang dah kahwin atau belum.

Apa tanda/simptom endometriosis?

Setiap orang mempunyai tanda/simptom yang berbeza bergantung kepada tubuh kita. Antaranya senggugut yang teruk, sakit ketika bersama, sakit tulang belakang, cepat penat/mengah, sembelit, kencing tak lawas, period tak teratur, darah haid x lancar, rasa mencucuk2 di ari-ari dan mcm2 lagi.

Walau bagaimanapun, terdapat juga kes di mana pengidap endometriosis tidak mengalami satu pun dari simptom2 di atas.

Kaitan endometriosis dan kemandulan/masalah kesuburan

Endometriosis boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil atau mandul. Ia boleh merosakkan kilang telur yang menyebabkan benih tidak keluar. Selain itu, ianya juga menyebabkan kerosakan pada tiub fallopian di mana benih suami tidak dapat melalui tiub untuk bertemu dengan telur. Keadaan ini berlaku kerana endometriosis mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih, telur dan juga embrio.

Bagaimana merawat endometriosis?

Untuk rawatan moden, doktor akan mencadangkan supaya pembedahan dilakukan bagi menyingkirkan tisu-tisu endometriosis. Kaedah pembedahan bergantung kepada tahap/kedudukan endometriosis itu sendiri. Kebanyakan kes lebih tertumpu kepada laparoscopy sahaja. Namun terdapat juga kes di mana major surgery dilakukan (open cut).

Bagi rawatan alternatif/islam, ayat2 al-quran digunakan sebagai amalan. Antara ayat2 yang dicadangkan adalah seperti berikut:

  • surah maryam (ayat 77 - 98) - dibaca 3 kali pada waktu malam 
  • surah ibrahim (ayat 32 - 43) - dibaca 3 kali pada waktu siang
Rumusan

Endometriosis merupakan penyakit yang biasa berlaku namun ramai pengidapnya menderita dalam diam kerana tidak menyedari kewujudannya lebih awal. Ramai wanita mengabaikan simptom2 yang berlaku kerana beranggapan bahawa simptom2 tersebut adalah normal terutamanya ketika sebelum dan sewaktu kedatangan haid. Oleh itu, saya mohon pada kawan2 yang mempunyai simptom2 di atas, segeralah berjumpa pakar untuk buat ujian pengesahan supaya kita lebih bersedia sebelum penyakit tersebut bertambah teruk. Bagi remaja2 diluar sana, jangan pandang ringan simptom2 di atas kerana ianya mungkin salah satu penyebab yang akan membuatkan anda sukar untuk hamil selepas kahwin kelak.

“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” - Surah Yusuf : 12











Monday, 23 December 2013

Supplement..... Sampai Bila???

Hari ni nak sentuh sikit isu berkenaan supplement. Saya tau rakan2 TTC dan geng2 Endo tak bleh lari dari terpengaruh dengan pelbagai supplement demi sebuah perkataan yang bernama 'harapan'.

Saya tak nak sebut 'usaha'... tapi lebih kepada 'harapan'.

Saya tulis ni berdasarkan kepada pengalaman sendiri. Sgt2 mudah terpengaruh dgn produk yg ditawarkan. Niat utk fokus pada satu2 produk tu mmg ada. tp sekadar tinggal niat je la....especially bila terbaca/tau pasal testimoni mana2 produk yg dh berjaya....mula la tangan ni gatal2 bukak maybank2u....

Kat dapur tu macam2 supplement ada... awal2 TTC (sebelum tau ada endo), org promote jamu salina.... boleh atasi masalah keputihan. masa tu terfikir mungkin sbb masalah keputihan kot payah sgt nk lekat. tak fikir panjang, search serba sikit, terus beli. sempat amalkan 1 set je.



Lps tu terbaca testimoni produk al-khishbun... pun beli jugak. 


Dalam duk amalkan set al-khishbun, org promote plak set permata hatiku... beli jugak..


Lps tu tau plak pasal jus perawan (dherbs), tambah lagi koleksi supplement.


Pastu beli plak jus gaseh gold. (yg ni sy paling suka... mmg dh niat nk amalkan berpanjangan)



Dalam pada duk amalkan mcm2 produk, terjatuh cinta plak dengan jus delima.. tiap2 bulan mesti beli.



Masalah keputihan alhamdulillah nmpk ada perubahan (x tau produk mana yg menyumbang kpd perubahan ni sbb bnyk sgt supplement).. tapi senggugut masih sama. 

Lps tau ada endo, stop jus perawan. stop jugak al-khishbun n set permata hatiku. Start fokus pada supplement utk endo la plak..

sebelum operation, beli aprikot seed. dalam masa yg sama amalkan jugak habbatus sauda.



Lps operation n habiskan pantang, mula amalkan madu, kurma n susu kambing. Jus qaseh adinda masih diamalkan. baru2 ni tambah produk qaseh...beli sole plak.



Selain tu, amalkan jugak teh daun durian belanda.



Kawan ada promote air mineral bio sunnah. beli lagi. Bila search produk bio sunnah, terpengaruh plak dengan proucell dia. Order lagi.


Lepas appoinment dgn doc baru2 ni, dia suruh amalkan air hirisan lemon setiap pagi. Pun sy buat. 


Tu belum lagi masuk produk2 shaklee yg saya dh amik....huhu...

saat tengah menaip ni, sambil2 tu duk whatsapp dengan kawan yg jual minyak kelapa dara as-syifa'. tgh merancang nk beli jugak ni... fuhhhh....

Minggu lepas ada kawan duk promote JSD... yg ni fikir dulu sebab br pas operation, takut nk cuba. kalo x operate lg, kompem sy rembat jugak....huhu

selain JSD, ada plak recommend sari agegard.. mak aih... mahalnya... sabo dulu ler nampaknya.

Aduyai.... berpeluh bila fikirkan pasal supplement ni semua. Demi sebuah 'harapan'... saya tetap teruskan dengan semua ni....

Tapi persoalannya... Sampai Bila??????